5 in System



Daftar Jualan
Wang/Pendapatan yang diterima HASIL daripada koperasi menjual BARANG NIAGA.


Daftar Belian
Wang/Perbelanjaan yang koperasi belanjakan untuk membeli BARANG NIAGA.
Cth:- BELI barang untuk JUAL



Daftar Pendapatan
Hasil/Wang yang diTERIMA BUKAN daripada hasil penjualan BARANG NIAGA.
Cth:- Faedah Bank, Fi Masuk, Sumbangan daripada pihak luar, etc



Daftar Perbelanjaan
Wang yang diBELANJAkan BUKAN untuk tujuan BARANG NIAGA.
Cth:- Caj Bank, Belanja Pejabat, Belanja Mesyuarat Agung. etc



Daftar Kontra Akaun Semasa
didalam menu ini melibat tiga urusniaga
i- Tunai Ke Bank - Wang jualan/hasil/pendapatan di bank in ke dalam Akaun Semasa (Bank)
ii- Bank Ke Tunai - Wang yang dikeluarkan dari Akaun Semasa (Bank) Cth:- Withdrawl
iii- Pindahan antara Bank - Sekiranya koperasi mempunyai Dua Akaun Semasa. Cth:- Sejumlah wang di dalam Akaun Semasa 1 hendak dipindahkan ke dalam Akaun Semasa 2 - transaksi tersebut direkodkan didalam menu ini



Jualan Kredit
Wang/Pendapatan yang diterima HASIL daripada koperasi menjual BARANG NIAGA secara HUTANG
Cth:- Pihak Sekolah telah memesan kertas A4 daripada Koperasi. Pembayaran akan di beri selepas 3 hari barang tersebut diberi/dibekalkan.
Untuk merekod:-
->> Masuk ke menu 'Kemasukan Data di Lejer Aset Semasa/Jualan Kredit'
->> Pilih/Click Nama Lejer (Nama Penghutang) ->> Pilih/Click 'Mengurus Lejer'
~ p/s; Sekiranya Nama Lejer (Nama Penghutang) tidak wujud.
->> Pilih/Click 'Daftar Lejer Aset Semasa' [M1B2]
Daftar Lejer Aset Semasa [M1B2]:
untuk mencipta/create lejer di bawah aset semasa - digunakan apabila lejer aset semasa belum tercipta/di'create' di dalam [M2B1] cthnya penghutang perniagaan (nama entiti yang berhutang dengan kita). cth kes; untuk menghasilkan lejer SMK SEKKOP (entiti yang berhutang dengan kita @ Jualan Kredit) kita mesti mencipta/create lejer tersebut didalam menu ini sebelum merekodkan transaksi/urusniaga berkaitan dengan entiti berkenaan. Dengan terciptanya/created lejer tersebut boleh la kita proceed ke [M2B1]



Belian Kredit
Wang/Perbelanjaan yang koperasi belanjakan untuk membeli BARANG NIAGA secara HUTANG.
Cth:- Koperasi memBELI/memesan barang niaga daripada pembekal A. Seminggu kemudian baru lah pihak Koperasi membayar barang yang di pesan.
->> Masuk ke menu 'Kemasukan Data di Lejer Modal Syer/Liabiliti/Belian Kredit
->> Pilih/Click Nama Lejer (Nama Pemiutang) ->> Pilih/Click 'Mengurus Lejer'
~ p/s; Sekiranya Nama Lejer (Nama Pemiutang) tidak wujud.
->> Pilih/Click 'Daftar Lejer Modal Syer & Liabiliti' [M1B3]
Daftar Lejer Modal Syer & Liabiliti [M1B3]:
untuk mencipta/create lejer di bawah modal syer dan liabiliti - digunakan apabila lejer liabiliti belum tercipta/di'create' di dalam [M2B2] cthnya pemiutang perniagaan (nama entiti yang kita hutang). cth kes; untuk menghasilkan lejer Capital Associates Sdn Bhd kita mesti mencipta/create lejer tersebut didalam menu ini sebelum merekodkan transaksi/urusniaga berkaitan dengan company berkenaan.  Dengan terciptanya/created lejer tersebut boleh la kita proceed ke [M2B2]